Sunday, May 15, 2011

Keranamu Wanita

Carilah seorang jejaka yang memanggil mu cantik, bukan hot / sexy
Yang menelepon kembali ketika kamu menutup telepon
Yang mahu tidur di bawah bintang-bintang dan mendengar setiap detik jantungmu
Atau ingin berjaga sepanjang malam  untuk melihat tidurmu...
Tunggulah seorang lelaki yang mencium dahimu kerana keikhlasanmu
Yang mahu mempamerkan dirimu pada dunianya ketika kamu sedang sihat,sakit, susah ataupun senang
Yang sentiasa menggenggam tanganmu di hadapan rakan-rakannya
Yang menganggap kamu tetap cantik tanpa hiasan di dirimu...
Seseorang yang selalu mengingatkan kamu, betapa besarnya keprihatinannya padamu
dan betapa bersyukurnya dia memilikimu
Dan Seseorang yang berkata pada rakan-rakannya : dialah orangnya…


Kelemahan manusia yang paling besar adalah keraguannya untuk mengatakan pada orang di sekelilingnya betapa besar dia mencintai mereka, ketika mereka masih hidup.

Cinta itu aneh...Sukar untuk di tafsirkan... Datangnya bukan dari sebarang paksaan.  Perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang... Ianya perlu di belai dengan kelembutan dan keikhlasan bagi menyerikan lagi keindahannya... Maka , biarkanlah ia terus mekar dan jangan menggunakan kekasarannya kerana itu hanya mengundang perpisahan....

Manusia kadang-kadang lupa bahawa cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan.... Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu mati.. kesuburannya tidak di miliki... ibarat sebuah rumah yang tidak berpenghuni....... 
    ** My New Stuff **






































No comments:

Post a Comment